Lentik Nature's Biotic Fibre

-->
Campuran Serbuk Minuman Buah-buahan dan Sayur-sayuran.
Sembelit (Constipation)
Lentik “Natural Biotic Fibre” akan mengumpal dalam usus besar dan merangsang kadar peristalsis dalam usus besar, dan sekaligus membantu melicinkan proses perkumuhan.
Autointoksikasi
Biasanya bahan kimia, racun serangga, toksin, makanan sintetik akan termakan bersama makanan kita. Bahan-bahan toksin ini mesti dibuang dari badan dengan segera. Kalau tidak, ianya akan menghasilkan bahan-bahan buangan dan toksin yang lain, kemudian menyerap semula bahan-bahan toksin yang terlekat pada dinding usus dan mengakibatkan gejala keracunan yang juga dikenali “autointoksikasi”. Namun demikian, Lentik “Natural Biotic Fibre” dapat membantu mengurangkan simptom autointoksikasi.
Pelangsingan
Ramuan yang terkandung dalam Lentik “Natural Biotic Fibre” dapat menyelaras dan mengurangkan penyerapan kolestrol dan gula ringkas. Jadi secara tidak langsung berkesan untuk melangsingkan badan, sememangnya makanan berkhasiat yang ideal untuk mereka yang ingin melangsingkan badannya.
Membersihkan usus-usus
Lentik “Natural Biotic Fibre” mengandungi banyak serat yang sukar dihadam dan akan menghasilkan lendir. Lendir ini dapat melincirkan sekeliling kawasan yang dilalui dan seterusnya dapat membantu membersihkan usus dan menyahtoksik.
Oligosakarida dapat mempergiatkan pembiakan bakteria berfaedah
Oligosakarida adalah sejenis kaborhidrat yang rendah indeks glisemik. Ianya dapat membantu mengekalkan kestabilan paras gula dalam darah sekiranya diambil sebagai sebahagian daripada makanan.
Ianya juga akan mempergiatkan pembiakan bakteria berfaedah. Bakteria berfaedah adalah unsur penting yang diperlukan untuk memperbaiki keseimbangan mikro organisma dalam usus secara khasnya dan mengekalkan kesihatan usus besar secara amnya. Maka oligosakarida yang terkandung dalam Lentik “Natural Biotic Fibre” berfungsi untuk meninggalkan bilangan bakteria berfaedah dalam usus-usus.

No comments:

Post a Comment